A portion of profit will be donated to charity for as long as the business exists. Sebahagian daripada keuntungan akan disumbangkan kepada badan amal selama mana syarikat beroperasi. Shop Now!
icon-search
icon-search

Penawar Penyakit: 10 Manfaat Habbatus Sauda Anda Perlu Tahu

Penawar Penyakit: 10 Manfaat Habbatus Sauda Anda Perlu Tahu

Habbatus sauda adalah satu bahan atau ramuan kerap digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan pemakanan tetapi masih tak ramai yang belum betul-betul mengenali tumbuhan ini. 

Seiringan dengan permodenan dan perkembangan dunia, manusia hari ini sangat bertuah kerana mempunyai sistem perubatan yang maju. 

Contoh ini jelas dilihat dalam usaha mencegah penularan covid-19. Proses penyelidikan dan pengeluaran vaksin demi membendung virus ini telah dilakukan dengan effisiyen.  

Namun, jika diperhatikan ramai juga individu terutamanya generasi lama yang lebih cenderung dan ikhtihar dengan ramuan-ramuan tradisional. 

Kerana kekurangan kepakaran kesihatan menyebabkan masyarakat zaman dahulu lebih bergantung pada penggunaan ubatan herba semula jadi sebagai penawar. 

Habbatus sauda merupakan salah satu herba terkenal dan sering digunakan sebagai penawar kerana manfaatnya yang menyeluruh. 

Baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 manfaat tumbuhan ini yang anda perlu tahu. 


A close up of a flower Description automatically generated with medium confidence

Apa Itu Habbatus Sauda?

Habbatus sauda merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang asalnya tumbuh di kawasan Asia Barat, Mediterranean dan Utara Afrika. 

Tumbuhan ini mempunyai 5 hingga 10 kelopak bunga halus yang biasanya berwarna putih atau biru ceraka. Ia juga mempunyai buah bersaiz besar yang mengandung biji hitam. 

Permintaan tinggi terhadap biji hitam ini, yang juga dikenali sebagai nigella sativa telah menyebabkan tumbuhan ini ditanam secara meluas di seluruh dunia. 

Biji habbatus sauda kebiasaanya akan diproses atau dikisar sehingga menghasilkan minyak. Minyak ini dikenali sebagai minyak habbatus sauda atau "Black Seed Oil". 

Industri kesihatan, komestik dan makanan merupakan antara industri yang banyak memanfaatkan minyak habbastus sauda  dalam produk mereka. 



A picture containing table, cup, indoor, beverage Description automatically generated

Manfaat Habbatus Sauda

Minyak habbatus sauda telah digunakan dalam bidang perubatan sejak beribu-ribu tahun yang lepas. 

Manfaatnya tumbuhan ini terhadap kesihatan tubuh badan manusia tidak dapat disangkal. Berikut merupakan antara manfaat yang tumbuhan ini tawarkan: 


1. Mengubati Asma

Tahukah anda bahawa tumbuhan ini mampu membantu dalam mengubati penyakit asma? Satu penyakit yang menyebabkan kesukaran bernafas. 

Petua yang diamalkan adalah dengan menyapu minyak habbatus sauda di dada dan punggung atau diambil bersama air minuman setiap pagi. 


2. Mencegah Diabetes

Kandungan minyak, alkalois dan minyak atsiri dalam habbatus sauda juga sangat baik buat kesihatan dalaman manusia. 

Pakar ilmiah turut bersutuju bahawa penggunaan habbastus sauda secara konsisten mampu mencegah dan merawat diabetes. Jadikan ia sebagai satu rutin harian anda untuk kesan yang lebih baik. 


3. Merawat diarrhea

Selain itu, ia juga sesuai untuk diambil buat mereka yang mengalami cibit birit atau diarrhea. Cirit-birit berlaku apabila sesorang makan atau minum sesuatu yang telah tercemar. 

Tumbuhan ini dapat membantu kerana ianya didapati berupaya untuk mengawal bakteria seperti e.coli, v.cholera dan spesis shigella.


4. Merawat Batuk Kering

Batuk kering atau nama saintifiknya Tuberkulosis (TB) berlaku disebabkan jangkitan sejenis bakteria pada paru-paru. 

Campurkan setengah sudu kecil habbatus sauda dengan segelas kopi. Amalkan dua kali sehari pada waktu makan. Selain itu, anda juga boleh sapukan pada bahagian dada juga. 


5. Membantu Menghilangkan Selsema Dan Hidung Tersumbat

Selsema dan hidung tersumbat mungkin menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah orang, terutamanya apabila bangun dari tidur. 

Penggunaan minyak habbatus sauda adalah cara semulajadi yang dapat bantu anda mengatasi masalah ini. Titiskan sedikit ke dalam lubang hidung yang tersumbat dan nantikan hasilnya. 





6. Meningkatkan Daya Ingatan Dan Konsentrasi

Minyak habbatusauda juga boleh diambil sebagai supplemen harian kerana kandungan asid linoleik yang tinggi. 

Sesuai buat pelajar, orang yang bekerja dan juga warga emas kerana omega 3 dan 6 merupakan nutrisi yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. 

Amalkan dari usia yang muda untuk elakkan tabiat lupa atau nyanyuk. 


7. Membantu masalah rambut

Uban dan rambut gugur merupakan masalah yang sering dihadapi orang ramai individu, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat. 

Antara petua orang lama untuk menghilangkan uban adalah dengan oleskan minyak habbastuauda ke rambut setiap malam. 

Lakukan ini secara berturut-turut selama 7 hari untuk melihat hasilnya.  

Buat rambut gugur pula, anda boleh campurkan minyak biji habbatusauda bersama minyak zaitun dan sapukan minyak itu ke kepala sekerap mungkin. 

Selain daripada minyak zaitun, anda juga boleh menggantikan dengan lemon dan gosokkan ke kulit kepala. 

Mula amalkan sekarang untuk dapatkan rambut yang lebat dan sihat. 


8. Mengatasi insomnia atau stress

Habbatus sauda juga mengandungi Saponin yang dapat membantu dalam kesukaran tidur. 

Saponin merupakan satu jenis kimia semulajadi yang bantu ginjal, jantung, tubuh dan urat saraf untuk berfungsi dengan lebih baik. 

Saponin juga didapati membantu dalam menghilangkan stress. Dengan dua peningkatan ini, anda dapat menikmati kualiti tidur yang lebih baik.  


9. Melancarkan susu ibu dan tambah nutrisi pada ibu hamil

Ibu hamil atau yang sedang menyusu amat digalakkan untuk amalkan pengambilan habbatus sauda. 

Ini adalah kerana asid lemak tidak tepu yang terkandung dapat melancar dan memperbanyak susu ibu.

Dengan lebih banyak susu badan, para ibu dapat menyusu dengan lebih lama dan secara tidak langsung menguatkan ikatan antara ibu dan anak. 


10. Meremajakan Kulit Dan Melambatkan Penuaan

Selain itu, tumbuhan ini juga merupakan jamu tradisional turun temurun buat ramai wanita kerana manfaat kecantikannya. 

Campurkan satu sudu minyak habbatus sauda dengan satu sudu minyak zaitun dan sapukan rata di suluruh wajah anda.  Selepas sejam bersihkan dan bilas dengan air. 

Petua ini sangat terkenal untuk mengekalkan 'awet muda'.



Kesimpulannya, tiada sebab untuk anda abaikan pengambilan habbatus sauda. 

Malah, ianya merupakan herba tradisional yang sangat terkenal dalam islam dan masyarakat melayu kerana merupakan sunnah Rasullah SAW. 

Kini anda dapat menikmati manfaat habbatus sauda dengan mudah dengan Jus Permata Zam Zam Zam Zam Brands! 

Jus kesihatan atau minuman campuran ini terdiri daripada habbatus sauda, madu, halia, bawang putih, lemon dan cuka apel. 

Sangat sesuai untuk meningkatkan kesihatan dalaman, terutamanya buat kesihatan jantung anda. 

Zam Zam Brands dapat bantu anda untuk terapkan habbatus sauda dalam rutin harian dengan produk yang berkualiti. 

Zam Zam Brands merupakan kedai online yang diuruskan oleh Zam Zam Trading Sdn Bhd. 

Syarikat Zam Zam Trading Sdn Bhd telah beroperasi lebih daripada 39 tahun di Malaysia dalam membekalkan produk sejuk beku buat peniagaan dalam pasaran.


Dapatkan Produk Zam Zam Anda Di Sini!





Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping