A portion of profit will be donated to charity for as long as the business exists. Sebahagian daripada keuntungan akan disumbangkan kepada badan amal selama mana syarikat beroperasi. Shop Now!
icon-search
icon-search

Produk Muslim: 6 Kepetingan Menyokong Produk Muslim

Produk Muslim: 6 Kepetingan Menyokong Produk Muslim
Dalam konteks masyarakat Islam, pengambilan makanan yang halal dari bahan mentah dan produk muslim amat penting.
Hal ini kerana bahan pemakanan yang halal memberi implikasi terhadap ibadah yang dilaksanakan. 

Di dalam artikel ini, kita akan memperlihatkan kepentingan status halal dan impak apabila menyokong produk muslim kepada masyarakat dan ekonomi negara. 


Apakah Keutamaan Status Halal Dalam Kehidupan Seorang Muslim?

Antara tanggungjawab seorang Muslim ialah memperjuangkan dan mencari produk halal toyyiban. 

Ini kerana memperjuangkan isu produk halal dianggap sebagai fardhu kifayah. Ia menyebabkan orang lain berasa yakin akan produk dan juga bahan mentah yang dibeli. 

Oleh itu, kita perlu cakna mengenai perkara ini. Ini disebabkan setiap makanan yang diambil akan menjadi sebahagian daripada darah daging. 

Namun, hal ini perlu diingatkan kepada orang ramai. Status halal bukanlah suatu perkara yang enteng. Ini bermaksud status tersebut bukan hanya daripada luaran sahaja. 

Ia meliputi semua aspek termasuklah bahan yang digunakan, cara proses yang betul dan juga kebersihan mengikut piawaian halal toyyiban. 

Oleh itu, para usahawan perlu memandang serius terhadap isu halal ini. 

Selain itu, menggunakan produk yang halal dapat menghilangkan kekhuatiran dan rasa bersalah. 

Ini semestinya berlandaskan Surah Al-Maidah, Allah berfirman:

“Hal-hal yang diharamkan meliputi bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih tidak dengan nama Allah.” (Al-Maidah: 3)


Kepentingan Menyokong Produk Muslim

Pasti anda tertanya-tanya mengenai kepentingan menyokong produk Muslim. 

Jadi, kami turutkan 6 kepentingan kenapa anda perlu sokong serta gunakan produk Muslim seperti berikut:


  1. Mengukuhkan Semangat Perpaduan Di Kalangan Muslim

Semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam dapat dicapai dengan prinsip tolong-menolong sesama saudara Muslim. Ini berdasarkan dalil dari Surah Al-Maidah:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)


  1. Dapat Meningkatkan Kutipan Zakat

Satu perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai zakat ialah ia berfungsi untuk memerangi kemiskinan masyarakat. 

Bagaimanakah hal ini boleh memerangi isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat? 

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah hasil pendapatan orang Muslim merupakan sumber utama zakat. 

Sekiranya pendapatan seseorang itu meningkat, maka jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Muslim yang berkemampuan juga akan meningkat. 


  1. Merapatkan Jurang Ekonomi Antara Kaum

Majoriti umat Islam di Malaysia adalah terdiri daripada golongan bumiputera. Lagi menyedihkan, golongan bumiputera sudah jauh ketinggalan daripada aspek ekonomi. 

Oleh itu, pembelian produk Muslim dapat meningkatkan jualan dan pasaran ekonomi mereka. 

Menyokong dan membeli produk Muslim secara tidak langsung dapat membantu orang-orang bumiputera yang beragama Islam.


  1. Hapuskan Monopoli Syarikat Besar 

Agama Islam amat menitikberatkan unsur keadilan dalam apa jua keadaan dan perbuatan. 

Oleh itu, monopoli dalam bidang perniagaan adalah suatu perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Hal ini kerana terdapat dua golongan yang akan terkesan akibat daripada kegiatan monopoli. Antaranya ialah para pengguna dan syarikat-syarikat kecil. 

Syarikat-syarikat kecil akan “dimatikan” berpunca daripada persaingan bersama syarikat-syarikat yang lebih besar. 

Syarikat-syarikat besar yang semestinya mempunyai segala kelengkapan dan teknologi yang jauh lebih moden dapat mendominasi dunia perniagaan.

Salah satu cara untuk menghapuskan monopoli syarikat besar adalah dengan mewujudkan suasana berniaga yang berdaya saing secara sihat. 


  1. Malaysia Dikenali Sebagai Pusat Barang-barangan Halal 

Produk-produk keluaran Muslim pasti dapat memberikan impak dan respon yang positif kepada orang-orang Muslim. 

Hal ini disebabkan golongan Muslim mempunyai sensitiviti dan kefahaman prinsip-prinsip Islam, terutamanya soal halal dan haram. 

Dengan ini, industri produk halal yang dikendalikan oleh orang-orang Muslim semestinya akan mencorak perubahan kepada sektor ekonomi. 


  1. Terhindar daripada penyakit yang berbahaya.      

produk muslim  

Di dalam agama Islam, Allah telah melarang Muslim untuk memakan daging khinzir. 

Bertepatan dengan kajian saintifik yang membuktikan bahawa daging khinzir mempunyai cacing pita dan juga virus VE (Japanes Enceplytis).

Berdasarkan 6 sebab utama untuk menyokong produk Muslim yang telah dinyatakan di atas, anda kini sudah mengetahui bahawa produk Muslim ini membawa manfaat. 

Kesihatan yang terjamin serta ekonomi umat Islam yang membangun merupakan antara manfaat pembelian produk Muslim. 

Buat anda yang sedang mencari produk-produk keluaran Muslim, anda boleh mendapatkannya di Zam Zam Brands! 

Di Zam Zam Brands, kami menjual pelbagai barangan Muslim yang semestinya bagus untuk kesihatan. 

Antaranya ialah Jus Permata dengan Habbatus Sauda, TnG Nutri Gotu Kola Chewable Tablets, moisturizing cream, dan banyak lagi! 

Mari dapatkan produk keluaran Muslim dan bersama kita memajukan lagi perniagaan umat Islam! 

Klik pautan link di bawah ini untuk mendapatkan produk muslim yang berkualiti tinggi. 

Klik Di Sini Untuk Dapatkan Produk Zam Zam Brands








Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping