A portion of profit will be donated to charity for as long as the business exists. Sebahagian daripada keuntungan akan disumbangkan kepada badan amal selama mana syarikat beroperasi. Shop Now!
icon-search
icon-search

9 Makanan Diet Yang Anda Patut Amalkan

9 Makanan Diet Yang Anda Patut Amalkan

Nak turunkan berat badan?

Senang sahaja kalau anda faham mekanisme dalam penurunan berat badan.

Ramai orang yang menyangka nak turunkan berat badan terletak sepenuhnya pada senaman. 

Tetapi tahukah anda, penurunan berat badan adalah 70 peratus terletak pada diet anda, dan 30 peratus barulah terletak pada senaman.

Ya, menjaga pemakanan anda amatlah penting untuk menurunkan berat badan anda.

Cara paling mudah adalah mengambil makanan diet dalam kuantiti yang betul dan seimbang.

Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca!

Apa Itu Makanan Diet

Makanan diet atau makanan dietetik adalah makanan atau minuman yang kurang lemak, karbohidrat dan gula.

Kebiasaannya, resepi makanan diet ini dimasukkan dalam pelan penurunan berat badan dan terbukti membuahkan hasil.

Mungkin bila anda fikir makanan diet anda akan terbayangkan makanan yang tawar dan berwarna hijau sahaja kan? 

Jangan salah sangka, makanan diet ini sebenarnya enak dan sesetengahnya terbukti tidak mengganggu selera makan anda!


9 Makanan Diet Untuk Anda

Banyak sebenarnya makanan diet yang anda boleh amalkan untuk menurunkan berat badan.

  1. Telur

Ramai yang mengelak daripada memakan telur kerana boleh meningkatkan tahap kolesterol tetapi perkara itu hanya terjadi jika anda mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. 

Sebenarnya, telur merupakan makanan diet yang baik untuk sarapan kerana telur merupakan sumber protein yang bagus dan mengandungi choline.

Choline merupakan komponen yang membantu untuk membakar lemak.

Dalam satu kajian saintifik, didapati mereka yang makan telur ketika sarapan kurang berasa lapar dan dilaporkan makan lebih sedikit bagi hidangan seterusnya. 

  1. Oat

Oats diperbuat daripada whole grains yang mempunyai fiber yang lebih tinggi berbanding roti, nasi atau pasta dan dibakar dengan perlahan.

Satu kajian menunjukkan bahawa jika oat dimakan pada waktu pagi, anda akan rasa kenyang yang lebih lama, selera makan dan pengambilan makanan hidangan seterusnya akan kurang.

Oat juga mengandungi protein dan serat yang tinggi tetapi gula yang rendah. 

Kesemua yang anda perlukan dalam makanan diet!

  1. Salmon

Ikan salmon mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak yang sihat dan nutrien penting yang anda perlukan.

Ikan dan makanan laut secara umumnya membekalkan sejumlah besar iodin yang diperlukan untuk fungsi tiroid dalam badan.

Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti membantu pembakaran lemak dan mengurangkan potensi penyakit metabolik dan obesiti.

  1. Biji chia

Biji chia padat dengan omega-3, fiber dan protein serta sumber tenaga yang hebat.

Kandungan serat yang tinggi dalam biji chia ini dapat menyerap hingga 11-12 kali beratnya dalam air, berubah seperti gel dan mengembang dalam perut anda.

Hasilnya, selera makan akan berkurangan dan hormon glukagon iaitu hormon yang membantu membakar lemak akan meningkat.

  1. Kacang

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa makan kekacang dapat meningkatkan kesihatan metabolik dan menurunkan berat badan.

Walaupun kandungan lemak kacang tinggi, anda tidak perlu risau kerana ia tidak menggemukkan jika diambil dengan kadar yang sederhana.

Almond merupakan antara kacang yang bagus untuk menurunkan lemak di perut dan peha menurut Journal of the American Heart Association.

  1. Ubi Keledek

Ya, ubi keledek mengandungi karbohidrat namun ia tersenarai dalam kategori ‘slow carb’. 

Maksudnya, ubi keledek dicerna dengan perlahan dan kesannya adalah, anda akan lambat berasa lapar.

Bukan itu sahaja, ubi keledek juga mengandungi carotenoids iaitu komponen antioksida yang menstabilkan kandungan gula dalam darah.

makanan diet

  1. Sayuran ‘Cruciferous’

Antara sayuran dalam kategori ‘cruciferous’ adalah brokolu, kubis bunga, kubis dan taugeh Brussels.

Biasanya, sayuran jenis ini mengandungi kandungan protein yang lengkap yang diperlukan oleh badan kita.

Protein dalam sayuran ini adalah lebih tinggi daripada sayuran lain tetapi tidaklah setinggi produk haiwan atau kekacang.

Ia juga sangat kaya dengan serat dan membantu anda merasa kenyang yang memuaskan.

  1. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis sangat bagus dalam meningkatkan metabolisme badan anda dan menggalakkan pembakaran lemak.

Selain itu, kulit kayu manis mengandungi polyphenols yang mampu meningkatkan tahap sensitiviti insulin yang akan menstabilkan kandungan gula dalam badan.

Cara untuk mengamalkan kulit kayu manis dalam diet anda adalah dengan menghancurkannya dan taburkan pada air teh atau kopi.

Anda digalakkan untuk minum pada waktu pagi bagi meningkatkan keberkesanannya dalam meningkatkan metabolisme badan.

makanan diet

  1. Coklat Hitam

Jika anda seorang yang suka makan coklat, jangan risau anda masih boleh memenuhi keinginan anda tetapi dengan coklat hitam atau dark chocolate.

Walaupun rasanya tidak semanis coklat susu, coklat hitam sangatlah bermanfaat.

Coklat hitam membantu badan untuk membakar lemak tetapi anda perlu pastikan coklat hitam itu mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko. 

Jika kurang daripada 70 peratus, maknanya coklat itu tinggi dengan kandungan gula dan boleh menyebabkan peningkatan berat badan.


Kesimpulan

Banyak bukan makanan diet yang anda boleh amalkan?

Tak perlu lagi nak laparkan diri untuk mengurangkan berat badan.

Anda hanya perlu pastikan makanan yang anda makan memberikan nutrisi yang penting dan diperlukan oleh badan.

Terdapat lagi satu cara untuk mengurangkan berat badan iaitu dengan mengamalkan pengganti makanan atau meal replacement.

Nak tahu meal replacement apa yang bagus untuk anda?

Cubalah TnG Nutri Meal Replacement daripada Zam Zam Brands!

makanan diet

TnG Nutri Meal Replacement ini mempunyai campuran pelbagai makanan super seperti beras perang, biji chia, oat, multigrain dan protein kacang.

Untuk protein tambahan, meal replacement ini mengandungi whey yang baik untuk badan anda.

Dan anda tak perlu risau kerana meal replacement ini mempunyai perisa coklat yang lazat!

2 sudu meal replacement ini dapat membantu anda daripada makan berat pada waktu siang atau malam.

Anda disarankan untuk mengambil 2 sudu setiap malam sebagai pengganti makan malam anda. 

Jika anda ingin mendapatkan makanan suplemen yang diyakini selamat dan efektif, anda boleh dapatkannya di Zam Zam Brands.

Zam Zam Brands menawarkan pelbagai produk halal seperti makanan sejuk beku (frozen food) dan suplemen kesihatan.

Zam Zam Brands memang dipercayai ramai kerana telah berada dalam industri ini lebih daripada 30 tahun!

Kesemua produk mereka sememangnya membantu anda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Tunggu apa lagi? 

Dapatkan Produk Zam Zam Anda!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping